Showing posts with label KDNK. Show all posts
Showing posts with label KDNK. Show all posts

Tuesday, 4 October 2011

Harapan pada Belanjawan 2012











Oleh MOHD. NAHAR MOHD ARSHAD

PENULIS ialah pensyarah Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

ANTARA agenda besar negara pada Oktober ini ialah pembentangan Belanjawan 2012. Setiap bajet mempunyai jangkaan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan bagi sesebuah negara biasanya datang daripada hasil kutipan cukai. Perbelanjaan pula boleh dibahagikan kepada dua, perbelanjaan operasi dan perbelanjaan pembangunan.