Showing posts with label Pinjaman. Show all posts
Showing posts with label Pinjaman. Show all posts

Monday, 24 October 2011

90 peratus peminjam TEKUN di Kedah bayar balik pinjaman


ALOR SETAR 23 Okt. - Sikap bertanggungjawab para peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di negeri ini semakin meningkat apabila kira-kira 90 peratus daripada mereka berjaya melangsaikan pinjaman mengikut jadual ditetapkan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, jumlah peratusan itu sekali gus menjadikan negeri ini berada pada kedudukan tertinggi membayar balik pinjaman untuk tiga bulan berturut-turut mulai Julai lalu.

Beliau berkata, sikap berkenaan memudahkan peminjam membuat pinjaman susulan selain membantu TEKUN mendapat pusingan modal mencukupi untuk diberikan kepada pemohon lain.

"Saya berharap peniaga dapat mengekalkan sikap membayar balik pinjaman mengikut jadual manakala mereka yang masih gagal berbuat demikian perlu lebih bertanggungjawab.

"Sikap liat membayar hutang hanya menyusahkan termasuk kepada usahawan kecil lain yang memerlukan bantuan tabung ini untuk mengembang atau memulakan perniagaan," katanya selepas merasmikan program Juara Rakyat (Karnival Pertanian) Parlimen Alor Setar di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA Tajar di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Abdul Rahim Salleh dan Pengurus TEKUN Kedah, Mohamad Saidi Azizan.

Menurut Ahmad Bashah, TEKUN mengeluarkan pinjaman sebanyak RM22.7 juta kepada 2,364 usahawan di negeri ini sejak Januari hingga 31 Ogos lalu bagi membantu mereka menjalan atau mengembangkan perniagaan.

Katanya, jumlah pinjaman yang diberikan itu melepasi sasaran iaitu RM16 juta bagi tahun ini dan pembiayaan masih diteruskan.

"Secara keseluruhan, sebanyak 18,161 peniaga negeri ini dibantu melalui pembiayaan TEKUN berjumlah RM162.33 juta sejak 1998," ujar beliau.

Sementara itu, Mohamad Saidi memberitahu, pihaknya mengambil pelbagai pendekatan baru dalam usaha memastikan para peminjam TEKUN lebih bertanggungjawab dalam melunaskan hutang masing-masing secara berterusan dan mengikut jadual.

Antaranya kata beliau, ialah dengan memperbanyakkan program turun padang dan kesedaran selain memberi khidmat nasihat serta mendekati peniaga secara terus.

Wednesday, 19 October 2011

Pinjaman rumah perlu lebih fleksibel


KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pemaju hartanah, Allstones Group Asia Sdn. Bhd. meminta industri perbankan melihat kepada langkah-langkah pemberian pinjaman yang lebih fleksibel dan mesra bagi memastikan Skim Rumah Pertamaku berjaya.

Pengerusinya, KH Sim dalam satu kenyataan di sini berkata, institusi kewangan mungkin boleh mempertimbangkan penawaran faedah perkhidmatan pinjaman perumahan berbanding kaedah pembayaran ansuran yang diamalkan ketika ini.

Menurut beliau, skim tersebut merupakan satu inisiatif yang baik daripada kerajaan yang mana ia telah diperluaskan kepada rumah yang berharga maksimum RM400,000 berbanding RM200,000 sebelum ini.
Bagaimanapun, ia terhad kepada pembeli yang mempunyai pendapatan kurang RM3,000 sebulan yang mana pada dasarnya tidak layak untuk membeli rumah yang berharga sekitar RM300,000 hingga RM400,000.

" Inisiatif kerajaan ini adalah baik malah banyak pemaju-pemaju utama dijangka melancarkan rumah pada harga RM300,000 sehingga RM400,000 tetapi sayangnya, dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan, pembeli-pembeli masih belum berkelayakan untuk memiliki rumah pada harga itu.

" Jika golongan muda benar-benar mendapat manfaat daripada inisiatif ini, bank seharusnya mempertimbangkan untuk menawarkan faedah perkhidmatan pinjaman perumahan sahaja, ditambah dengan pelunasan secara sedikit demi sedikit mengikut peningkatan pendapatan pembeli berbanding apa yang diamalkan ketika ini iaitu pembayaran secara ansuran dan prinsipal bulanan," katanya,

Jelas Sim, jika kadar faedah perkhidmatan pinjaman perumahan ditawarkan, contohnya pada kadar lima peratus setahun bagi pinjaman RM200,000, pembeli hanya perlu membayar kira-kira RM917 sebulan.

Ia sekali gus membolehkan lebih ramai penduduk negara ini mampu membeli rumah yang lebih mahal dengan kemudahan-kemudahan pengangkutan awam sedia ada ataupun yang masih di dalam perancangan yang lebih dekat.

"Bank sepatutnya memperkenalkan faedah perkhidmatan ini hanya kepada pembeli pertama kali ataupun yang berpendapatan rendah berbanding kaedah yang diamalkan ketika ini, malah banyak negara sudah mengamalkan cara ini termasuklah Australia," katanya.

Peminjam PTPTN boleh tukar kepada kaedah Ujrah - Khaled


17/10/2011 2:41pm

PUTRAJAYA 17 Okt. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membuka semula peluang kepada peminjam untuk menukar pinjaman pendidikan mereka kepada sistem pinjaman Islam atau Ujrah bermula 1 Januari depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peluang itu wajar digunakan sepenuhnya oleh peminjam, memandangkan tawaran bertukar kepada sistem Ujrah tersebut sepatutnya berakhir 30 September lepas.

“Walau bagaimanapun, ia berasaskan hutang semasa dan tidak ”backdated kepada 1 Jun 2008,” katanya kepada pemberita, selepas perhimpunan bulanan kementerian itu, di sini hari ini.

Sehingga bulan lepas, seramai 55,546 peminjam PTPTN memilih bertukar kepada sistem Ujrah yang menawarkan bayaran upah satu peratus setahun berkuat kuasa 1 Jun 2008, berbanding sistem konvensional yang menetapkan kadar tiga peratus.

Terdahulu ketika berucap, Khaled berkata, PTPTN juga masih membuka peluang kepada peminjam yang berhasrat mendapatkan penurunan kos pentadbiran daripada tiga dan lima peratus kepada satu peratus untuk membuat pembayaran penuh hutang, tanpa perlu bertukar kepada Ujrah.

"Mereka yang membuat penyelesaian penuh sebelum 31 Disember ini, akan dilaraskan akaun mereka secara backdated mulai 1 Jun 2008 dan PTPTN akan mengembalikan apa-apa lebihan kepada peminjam,” kata beliau.

Katanya sehingga bulan lepas, seramai 1,518 peminjam telah membuat penyelesaian penuh dan layak diberikan bayaran balik dengan jumlah keseluruhan RM1.2 juta. - Bernama

Monday, 3 October 2011

AIM peruntuk RM1.5 billion bagi pinjaman perniagaan tahun ini



















TEMERLOH: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan RM1.5 bilion sebagai pinjaman kepada golongan miskin menjalankan perniagaan pada tahun ini, berbanding RM800 juta tahun lepas.
Pengerusi Lembaga AIM Datuk Amihamzah Ahmad berkata pertambahan peruntukan itu adalah bukti kesungguhan kerajaan membantu peniaga dan penjaja serta golongan miskin meningkatkan taraf hidup mereka.

20 Kertas Kerja Rancangan Perniagaan yang berjaya























Salam...

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua, 20 kertas kerja rancangan perniagaan atau business plan yang berjaya mendapatkan pinjaman dari institusi-institusi kewangan di Malaysia terutamanya SME Bank (Bank Pembangunan), PUNB, MARA dan sebagainya. Kertas kerja ni saya dapatkan dari pelbagai sumber seperti internet, kursus-kursus keusahawanan dan lain-lain.

Sunday, 2 October 2011

Pinjaman mudah skim SPV untuk pemohon PPR - Nong Chik

01/10/2011 7:26pm



















KUALA LUMPUR 1 Okt. — Kira-kira 24,000 pemohon yang menghadapi masalah pinjaman bank untuk membeli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan diberi pinjaman mudah yang diuruskan skim Syarikat Perantara Kegunaan Khas (SPV) di bawah naungan Yayasan Wilayah Persekutuan (WP).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata pembeli yang diberikan pinjaman akan melakukan proses pembayaran semula kepada SPV dengan kadar bayaran serendah RM150 hingga RM300 sebulan.

"Apabila kita sudah memberikan pinjaman, mereka (pembeli) haruslah bertanggungjawab untuk membayar kembali kepada SPV dan kita akan dapatkan kelulusan secepat mungkin daripada Jemaah Menteri untuk meluluskan skim ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, kementerian mendapat modal daripada Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) sebanyak RM1.5 bilion bagi membantu pembeli yang gagal membuat pinjaman disebabkan masalah kewangan dan disenarai hitam oleh pihak bank.

Nong Chik berkata, kerajaan sentiasa mencari jalan membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mendapatkan rumah PPR tanpa ada kekangan untuk mereka membelinya.
Katanya bagi mereka yang tidak mampu untuk membeli, boleh menyewa terlebih dahulu kerana kerajaan telah menyediakan kira-kira 35,000 unit rumah PPR di Wilayah Persekutuan. — Bernama