Showing posts with label perth royal show. Show all posts
Showing posts with label perth royal show. Show all posts

Wednesday, 5 October 2011

Martabak kentang keluaran Muslim Best laris dijual

KAKITANGAN Muslim Best bersama produk yang dibawa dan
diperkenalkan pada Perth Royal Show, Australia semalam.

PERTH 4 Okt. - Martabak kentang dalam bentuk sejuk beku keluaran Muslim Best yang dipasarkan di Pavilion Malaysia di sini berjaya dijual 100 kotak sehari sejak Perth Royal Show bermula Sabtu lalu.

Menurut Pengurus Bahagian Francais dan Pemasaran Muslim Best Marketing Sdn. Bhd., Umi Kalsom Salleh, pihaknya membawa 500 kotak martabak untuk dipasarkan pada pameran tersebut yang akan berakhir 8 Oktober ini.

Monday, 3 October 2011

Usahawan Malaysia perlu perluas pelaburan, pasaran antarabangsa














PERTH 2 Okt. - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) mengesa para usahawan tempatan mempergiatkan lagi usaha pelaburan di negara-negara luar, termasuk di Australia dalam memperkenalkan baranganbuatan Malaysia.

Pengerusi Matrade, Datuk Mah Siew Keong berkata, para usahawan Malaysia perlu berani dalam usaha meluaskan pelaburan dan pasaran walaupun bakal berhadapan pelbagai halangan dan sekatan.
Menurutnya, semua halangan itu mampu diatasi dengan kesungguhan dan Matrade sedia membantu, termasuk daripada segi subsidi dan pengetahuan.

Malaysia raih Anugerah Cemerlang kerajaan Australia Barat

PERTH 2 Okt. – Penglibatan 33 usahawan Malaysia dalam Ekspo Pavilion Malaysia pada Perth Royal Show dari semalam hingga 8 Oktober ini mendapat pengiktirafan kerajaan Australia Barat yang memberi Anugerah Cemerlang berdasarkan kesungguhan dan standard pelbagai produk yang dipasarkan.

Presiden Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani Sdn. Bhd. (Komita), Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad memberitahu, pengiktirafan itu membuktikan produk-produk usahawan bumiputera mampu menembusi pasaran negara maju.

“Pada pameran yang pertama kali melibatkan usahawan Malaysia di Perth Royal Show pada 2005, tiada sebarang pengiktirafan diberikan. Dalam pembabitan kali kedua ini, kita telah diberi Anugerah Cemerlang oleh kerajaan Australia Barat,” katanya di sini, hari ini.

Anugerah Cemerlang itu disampaikan oleh Menteri Pemakanan, Pertanian dan Perhutanan Australia, Terry Redman kepada Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Mah Siew Keong pada satu majlis di sini, semalam.

Menurut Sheikh Ahmad Dusuki, anugerah itu adalah untuk para usahawan yang terlibat memperkenalkan produk-produk Malaysia seperti kraftangan, makanan beku selain seni dan budaya.
Secara tidak langsung katanya, ia satu anjakan kepada kejayaan usahawan bumiputera dalam memperluaskan lagi pasaran produk-produk mereka.

“Melalui pengiktirafan ini, kita merancang memperluaskan lagi pasaran produk-produk bumiputera ke seluruh Australia seperti Sydney, Adelaide.
“Kita juga merancang membawa produk-produk baru dari Malaysia untuk pasaran Australia termasuk produk makanan kering,” katanya.
Beliau berkata, pada pembukaan dan perasmian Pavilion Malaysia semalam, jumlah pengunjung dianggarkan melebihi 10,000 orang.
“Hari ini jumlah pengunjung melebihi 30,000 orang memandangkan hujung minggu,” katanya. – Utusan