Tuesday, 4 October 2011
Bursa lancar indeks baharu
KUALA LUMPUR 3 Okt.- Bursa Malaysia Bhd., dan FTSE Group hari ini mengumumkan pelancaran indeks baharu industri, super sektor dan indeks sektor sebagai melengkapi Indeks FTSE Bursa Malaysia.
Jualan Sharp meningkat RM650 juta
KOTA BHARU 3 Okt. – Syarikat Sharp-Roxy Sales & Services Company (M) Sdn. Bhd., (Sharp) menyasarkan jualan produk kelengkapan rumah keluarannya melonjak kepada RM650 juta sehingga hujung tahun ini berbanding RM546 juta tahun lalu.
Khairil Imran, Peter Holst jadi tumpuan
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Khairil Imran Ghauth, 28, dan Hans Peter Holst, 70, menjadi tumpuan ramai pada Konvokesyen Universiti Malaya (UM) Ke-50 di sini hari ini, apabila mereka tampil untuk menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) masing-masing pada istiadat tersebut.
15 Usahawan dibantu
![]() |
| BADERI Dasuki (duduk tengah) bersama sebahagian penerima Sijil Bantuan Industri Kecil PGU dan Projek Pembangunan Jabatan Pertanian di Balairaya Kampung Lukut, Kota Tinggi, baru-baru ini. |
KOTA TINGGI 3 Okt. - Seramai 15 usahawan asas pertanian kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti menerima pelbagai mesin dan peralatan serta wang tunai bagi beberapa perusahaan kecil seperti memproses makanan ringan, makanan sejuk beku dan penternakan melibatkan jumlah keseluruhan RM64,780.
APEC YES sasar RM48j
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Persidangan Usahawan Muda Asia Pasifik (APEC YES 2011) dijangka menerima padanan perniagaan berjumlah AS$15 juta (RM48 juta) pada tahun ini berbanding AS$9 juta (RM28.8 juta) sebelum ini.
Presiden Dewan Perniagaan Antarabangsa Malaysia (IMCC) dan Penganjur Bersama APEC YES 2011, Agil Faisal Ahmad Fadzil berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan usaha SME Corporation Malaysia (SME Corp.) untuk membantu memudahkan padanan perniagaan tersebut.
Presiden Dewan Perniagaan Antarabangsa Malaysia (IMCC) dan Penganjur Bersama APEC YES 2011, Agil Faisal Ahmad Fadzil berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan usaha SME Corporation Malaysia (SME Corp.) untuk membantu memudahkan padanan perniagaan tersebut.
Lipat ganda industri pertanian – TPM
![]() |
| MUHYIDDIN Yassin melihat replika buah nenas sambil diiringi Noh Omar (kanan) pada Majlis Perasmian Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh di Muar, Johor, semalam. – MINGGUAN/ISHAK RAHMAD |
PAGOH 1 Okt. – Peranan industri pertanian perlu dilipatgandakan bagi menjamin keselamatan bekalan makanan negara dalam menghadapi zaman mencabar masa ini, bukan sahaja di peringkat nasional malah antarabangsa.
Kabinet lulus Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020
03/10/2011 9:56pm
KUALA LUMPUR 3 Okt. — Dasar Agro Makanan Negara bagi tempoh 10 tahun bermula tahun ini hingga 2020 diluluskan Kabinet Rabu lepas, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata, antara lain dasar itu yang menggantikan Dasar Pertanian Negara, akan menumpukan kepada bekalan makanan negara yang bukan saja mencukupi tetapi juga selamat dimakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





