Thursday, 6 October 2011

Neelofa, Fizo rancang masa depan



Dua artis muda ini mempunyai wawasan biarpun meniti arus glamor.


NEELOFA dan Fizo Omar merupakan dua pelakon yang kini sedang mencipta nama dalam dunia lakonan drama dan filem tempatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Biarpun sedang meniti populariti dalam bidang yang penuh glamor itu, tetapi dua pelakon muda itu tidak mahu leka. Sebaliknya mereka sibuk membuat persiapan untuk menghadapi masa depan masing-masing.

Selain berlakon, Neelofa dan Fizo misalnya, turut memulakan perniagaan sendiri sebagai salah satu cara untuk menambahkan sumber pendapatan.

Ketika ditemui Hits di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kuala Lumpur, baru-baru ini, Neelofa dan Fizo yang dilantik sebagai duta Persidangan Usahawan Muda Asia Pasifik (APEC YES 2011) turut diberi geran bagi menjalankan perniagaan masing-masing.

Neelofa yang kini menjalankan perniagaan menjual kasut, manakala Fizo pula terbabit dalam bidang perniagaan makanan, tidak lokek untuk berkongsi impian mereka sebagai ahli perniagaan muda.

AirAsia ke Da Nang, Vietnam Disember ini
















KUALA LUMPUR 5 Okt.- AirAsia menawarkan perkhidmatan terbaharunya iaitu penerbangan terus ke bandar ketiga terbesar di Vietnam, Da Nang bermula 16 Disember depan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, syarikat penerbangan tambang murah itu akan terbang ke bandar yang terkenal dengan pantai-pantai menarik sebanyak empat kali seminggu daripada Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang pada setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Perkhidmatan daripada Kuala Lumpur itu merupakan destinasi ketiga Airasia di Vietnam selepas Hanoi dan Ho Chi Minh City.

Ketua Serantau Komersialnya, Kathleen Tan berkata, Da Nang adalah satu lokasi yang mempunyai pelbagai daya tarikan tersendiri.

"Ia bagaikan permata yang tersorok di Asia Tenggara. Bukan sahaja pantainya yang cantik dan kawasan-kawasan bersejarah, malahan ia juga merupakan pusat pertemuan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk berdagang di dalam negara kerana ia terletak di tengah-tengah Vietnam," katanya.

Da Nang juga pernah dijadikan lokasi penganjuran acara-acara antarabangsa seperti pertandingan bunga api tahunan yang diadakan setiap bulan April sementara Pertandingan Ratu Cantik Miss Universe 2008 dan Miss Earth 2010 pernah diadakan di Nha Thrang.

Sempena pengenalan kepada laluan baharu ini, Airasia menawarkan tambang murah bermula dengan harga RM69 sehala. Tarikh tempahan bermula hari ini sehingga 12 Oktober depan bagi tarikh penerbangan 16 Disember sehingga 27 Oktober tahun depan.

Pengasas Apple, Steve Jobs meninggal dunia

Laman Web Apple, Inc hari ini

NEW YORK: Syarikat gergasi komputer, Apple pada Rabu mengumumkan kematian pengasas bersama syarikat itu, Steve Jobs akibat kanser.

Beliau berusia 56 tahun.
“Kami bersama amat dukacita untuk mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia hari ini (5 Oktober),” kata lembaga pengarah syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.

Wednesday, 5 October 2011

MLM tidak patuh syariat Islam


KUALA LUMPUR – Sebahagian besar daripada kesemua 1,411 buah syarikat sistem pemasaran berbilang tingkat (MLM) yang berdaftar di negara ini tidak menepati syariat Islam.

Halfest 2011 dijangka buka peluang usahawan bumiputera












KUALA LUMPUR 5 Okt. - Halal Fiesta (Halfest) 2011, dari 12 hingga 16 Oktober ini, dijangka membuka peluang kepada usahawan bumiputera untuk memasarkan produk ke pasaran yang lebih luas serta mendorong mereka untuk terus menghasilkan produk yang berkualiti dan menepati piawaian antarabangsa.

Martabak kentang keluaran Muslim Best laris dijual

KAKITANGAN Muslim Best bersama produk yang dibawa dan
diperkenalkan pada Perth Royal Show, Australia semalam.

PERTH 4 Okt. - Martabak kentang dalam bentuk sejuk beku keluaran Muslim Best yang dipasarkan di Pavilion Malaysia di sini berjaya dijual 100 kotak sehari sejak Perth Royal Show bermula Sabtu lalu.

Menurut Pengurus Bahagian Francais dan Pemasaran Muslim Best Marketing Sdn. Bhd., Umi Kalsom Salleh, pihaknya membawa 500 kotak martabak untuk dipasarkan pada pameran tersebut yang akan berakhir 8 Oktober ini.

Lebih 2,000 usahawan wanita dilahirkan sejak Januari 2010

Gambar Hiasan

















KUALA LUMPUR 4 Okt. - Seramai 2,680 orang usahawan wanita berjaya dilahirkan bagi tempoh Januari 2010 sehingga 31 Ogos 2011, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie.