Saturday 7 June 2014

5 Tip/Rahsia Mudah Berniaga Produk Secara Online

Salam sejahtera... Lama admin tak jenguk blog ni. Harap pelawat dan follower blog ni sihat semua. Ok, admin tak pandai nak celoteh panjang, harini admin nak cerita tip atau pun rahsia berniaga secara online. Ini dari pengalaman admin sendiri dan study pon dulu memang dalam bidang IT, dari KPTM hinggalah UiTM termasuklah kerja 5-6 tahun. Pernah jual online hanya 1 produk hingga ratusan ribu jualan setahun melebihi jualan walk in customer di stokis dan service center. Berikut adalah tip-tip nya:

1-Kekuatan produk
2-Beri akses dan kemudahan
3-Bina keyakinan pelanggan dan servis
4-SEO
5-Pemasaran/iklan

Kekuatan produk maksudnya produk mampu dijual, beli, mudah. Contoh produk pelangsingan. Harga rendah sekitar RM50-RM400. Produk mudah di pos, kos pos yang rendah, produk tidak mudah pecah, dsb. Pelanggan yang malu, sibuk boleh terus beli online. Harga produk perlu munasabah dengan laman web anda. Jangan terlalu mahal. Kalau produk harga RM3k nak jual dekat blog free blogspot, memang tak munasabah. Kalau produk harga 13k juga tak munasabah untuk jual secara online tanpa tanpa berjumpa dan bertulis.

Akses dan kemudahan maknanya medium untuk pelanggan merujuk maklumat, membuat pembelian seperti laman web berbayar seperti lamananda.com mahupun free macam lamananda.blogspot.com serta sokongan media sosial seperti Facebook. Penjelasan mengenai produk dan cara pembelian hendaklah jelas. Proses pembelian pula perlulah mudah, jangan sampai pelanggan fedup kena isi form terlalu banyak. Ada FAQ atau soalan biasa ditanya tersedia di laman web anda.

Bina keyakinan pelanggan boleh dibuat dalam pelbagai kaedah seperti nyatakan rekod pembelian sedia ada di laman web anda (nama, tracking no, etc), sediakan laman untuk soal jawab pelanggan bukannya testimoni yang direka-reka, daftar laman web anda di Persatuan Usahawan Internet Malaysia(PUIM) dan dapatkan batch, nyatakan nama syarikat anda jika berdaftar, guna akaun bank syarikat jika ada, sediakan pelbagai medium untuk dihubungi seperti telefon, sms, whatapp, fb, email, message form dsb. Servis atau respon perlu baik, tepat dan cepat. Perlu tahu 200% maklumat produk untuk berikan servis yang baik. Jangan biar pelanggan menunggu jawapan terlalu lama.

SEO atau Search Engine Optimization ataupun memudahkan carian enjin pelayar seperti Google, Bing, Yahoo dsb. SEO termasuklah url atau address setiap laman anda, labels, tags, headings, meta tag, image title, image alt, dsb. SEO ini menentukan ranking atau ketepatan carian pengguna di enjin carian. SEO yang baik membolehkan laman anda berada di carta teratas atau pon di muka pertama carian.

Pemasaran atau iklan ada pelbagai cara. Cara mudah dan terbukti berkesan ialah menggunakan Google Adwords. Bayaran minima untuk menggunakan adwords ini ialah RM40. Bayaran boleh dibuat secara online debit menggunakan kad atm Maybank anda. Jumlah ini akan di topup di dalam akaun adwords anda dan ditolak biasanya mengikut klik atau pay per click(PPC). Setkan seminima mungkin seperti 0.02 - 0.05 sen per klik bagi setiap keyword atau lebih kurang RM4.00 untuk 200 klik.

Penjelasan ini hanya secara ringkas serta sedikit contoh. Jika anda dah buat semua tip ini tetapi tiada jualan atau  jualan sangat rendah, maklumkan kepada saya, insyallah saya boleh bantu. Atau anda tidak faham mana-mana tip ini sila komen di bawah. Selamat maju jaya dari saya.

7 comments:

  1. Assalamualaikum admin,
    Saya mempunyai sebuah syarikat renovation bangunan. Boleh berikan saya tips pemasaran online kerana syarikat saya menawarkan servis, bukannya penjualan produk. Jika tidak keberatan, emailkan kepada saya dia violettint@gmail.com

    ReplyDelete
  2. mantab pak.salam kenal pak.moga bermanfaat pak.

    ReplyDelete
  3. T.kasih .penerangan berguna.cuma masih kurang jelas cara nk daftar buat iklan di google dan cara mengisi borang

    ReplyDelete
  4. Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.

    ReplyDelete
  5. Pendudukan: Harta Tanah / perhotelan
    kedudukan: Pengarah Urusan
    Nama: Najwa Mohammed
    Bandar: Miri
    Pinjaman saya mendapat: Rm 1.5 juta
    kadar faedah: 1%
    E-mel saya: najwamohammed369@gmail.com

    Halo, saya mengucapkan terima kasih kepada allah almight untuk kebaikan dan keberkasaan yang saya dapatkan dari AASIMAHA ADILA LOAN FIRM tahun ini 2020, saya ingin kita medium ini membiarkan muslim saya di malaysia, Tahun lepas saya telah memohon pinjaman banyak kali dan saya bodoh , Tahun ini ketika saya sedang menonton berita perniagaan saya di Aljazeera, saya melihat nama AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM pada wawancara menerangkan pakej mereka dan bagaimana mereka memberi pinjaman dan dana amal kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan tahun ini. Oleh itu, saya mendengar dan menghubungi mereka dengan kenalan mereka di televisyen, saya memohon Rm 1.5 juta, pada kadar 1% dan pinjaman saya telah diluluskan dan saya mendapat pinjaman saya semudah mungkin. Saya mendapat pinjaman saya dan melabur lebih jauh ke hartanah suami saya. suami saya dari indonesia, banjir yang terjejas rumah keluarga kami di jakarta, sejak kami mendapat pinjaman, kami telah memperbaiki banyak hal dan membayar hutang bank juga.Jika anda ingin perusahaan pinjaman yang nyata dan sah, anda bebas memohon sekarang dan dapatkan pinjaman anda .Mengingatkan diri anda untuk menjadi kuat dan tidak pernah berputus asa. Semakin banyak anda jatuh, semakin kuat anda menjadi bangun. Jangan pernah menyerah tidak kira apa. Buat janji kepada impian anda seolah-olah anda berjanji kepada anak anda. Saya berharap anda lebih besar tahun. Mungkin allah memberkati mereka allah

    MOHON SEKARANG
    E-mail****aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    Whatsapp **** + 447723553516

    ReplyDelete
  6. Ayo kunjungi website kami bento4d untuk mendapatkan uang tambahan minimal Rp 100.000 per hari

    ReplyDelete