Thursday 6 October 2011

AirAsia ke Da Nang, Vietnam Disember ini
















KUALA LUMPUR 5 Okt.- AirAsia menawarkan perkhidmatan terbaharunya iaitu penerbangan terus ke bandar ketiga terbesar di Vietnam, Da Nang bermula 16 Disember depan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, syarikat penerbangan tambang murah itu akan terbang ke bandar yang terkenal dengan pantai-pantai menarik sebanyak empat kali seminggu daripada Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang pada setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Perkhidmatan daripada Kuala Lumpur itu merupakan destinasi ketiga Airasia di Vietnam selepas Hanoi dan Ho Chi Minh City.

Ketua Serantau Komersialnya, Kathleen Tan berkata, Da Nang adalah satu lokasi yang mempunyai pelbagai daya tarikan tersendiri.

"Ia bagaikan permata yang tersorok di Asia Tenggara. Bukan sahaja pantainya yang cantik dan kawasan-kawasan bersejarah, malahan ia juga merupakan pusat pertemuan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk berdagang di dalam negara kerana ia terletak di tengah-tengah Vietnam," katanya.

Da Nang juga pernah dijadikan lokasi penganjuran acara-acara antarabangsa seperti pertandingan bunga api tahunan yang diadakan setiap bulan April sementara Pertandingan Ratu Cantik Miss Universe 2008 dan Miss Earth 2010 pernah diadakan di Nha Thrang.

Sempena pengenalan kepada laluan baharu ini, Airasia menawarkan tambang murah bermula dengan harga RM69 sehala. Tarikh tempahan bermula hari ini sehingga 12 Oktober depan bagi tarikh penerbangan 16 Disember sehingga 27 Oktober tahun depan.

No comments:

Post a Comment