Wednesday 5 October 2011

Lebih 2,000 usahawan wanita dilahirkan sejak Januari 2010

Gambar Hiasan

















KUALA LUMPUR 4 Okt. - Seramai 2,680 orang usahawan wanita berjaya dilahirkan bagi tempoh Januari 2010 sehingga 31 Ogos 2011, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie.


Beliau berkata, jumlah itu adalah hasil daripada program bidang keberhasilan utama negara (NKRA) bagi kementerian untuk meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, yang turut memberi fokus kepada pengupayaan ekonomi wanita.

NKRA kementerian ini, katanya mensasarkan untuk melahirkan 4,000 usahawan wanita pada akhir tahun 2012.

"NKRA itu menggunakan pendekatan kebajikan produktif, di mana golongan miskin yang produktif dibantu untuk menjana pendapatan sendiri melalui Program 1Azam,” katanya ketika menjawab soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment