Wednesday, 5 October 2011

Halfest 2011 dijangka buka peluang usahawan bumiputera












KUALA LUMPUR 5 Okt. - Halal Fiesta (Halfest) 2011, dari 12 hingga 16 Oktober ini, dijangka membuka peluang kepada usahawan bumiputera untuk memasarkan produk ke pasaran yang lebih luas serta mendorong mereka untuk terus menghasilkan produk yang berkualiti dan menepati piawaian antarabangsa.


Mara, dalam satu kenyataan di sini hari ini, menyatakan penglibatan pihaknya dalam Halfest 2011 merupakan salah satu fokus bagi memperkasakan usahawan bumiputera dalam bidang pembuatan dan pengeluaran makanan.

"Halfest 2011 merupakan satu platform kepada Mara dalam membentuk usahawan bumiputera yang berkredibiliti dengan penawaran kepada mereka dalam membina jaringan strategik dalam industri ini yang seterusnya menguntungkan perniagaan mereka pada jangka masa akan datang,” katanya. - Bernama

Reactions:

0 comments:

Post a Comment