Monday, 3 October 2011

Bina kerjaya kemahiran lepas SPM
















PELAJAR lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini mempunyai peluang cerah mendapat pekerjaan yang memberi ganjaran hampir RM2,000 sebulan ekoran tumpuan diberikan kerajaan terhadap bidang kemahiran.
Perkembangan industri terutama pembuatan, automotif dan robotik menyediakan lebih banyak ruang kepada pekerja mahir menceburi bidang berkenaan.


Justeru, peluang terbuka luas kepada pelajar lepasan SPM untuk mengikuti kursus kemahiran dan teknikal yang disediakan kerajaan dan swasta.

“Bagi pelajar yang mahu melanjutkan pendidikan tidak bersifat terlalu akademik, bidang kemahiran dan vokasional adalah pilihan terbaik,” kata Juhaidi Yean Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Auto Prima Technology Training Sdn Bhd.

Auto Prima sebuah institusi kemahiran swasta yang mempunyai 12 tahun pengalaman mengendalikan kursus pengajian dan latihan dalam bidang pendidikan kemahiran dan teknikal.

Berpusat di Kemuning Utama, Shah Alam, institusi berkenaan mempunyai tenaga pengajar bertauliah dari segi akademik dan teknikal.

Menurut Juhaidi, pelbagai kemudahan dan insentif disediakan pihak kerajaan dan swasta kepada pelajar yang berminat, termasuk pinjaman pelajaran, elaun sara hidup dan asrama.

Antara program pengajian yang ditawarkan di Auto Prima ialah Diploma Kemahiran Teknologi Automatif, dan Automasi (Mekatronik), iaitu satu bidang baru kian diminati pelajar.

Pelajar lepasan SPM yang ingin mengikuti kursus Diploma Teknologi Automotif perlu mengikuti pelajaran dari Tahap 1 ke Tahap 3 dan memiliki Sijil Juruteknik Kenderaan Motor Tahap 3.

Antara modul termasuk Amalan Bengkel Motor, Transmisi Suspensi, Pendawaian Elektrik Kenderaan, Penyelenggaraan dan Baik Pulih Enjin Petrol serta Diesel.

Pelajar juga didedahkan kepada beberapa modul dan kemahiran tambahan untuk melengkapkan mereka bagi menghadapi dunia kerjaya selepas tamat pengajian.

Pada peringkat diploma, silibusnya termasuk Peraturan Niaga Pemotoran, Piawaian Mutu Produk, Proses Kawalan Mutu, Dasar dan Prosedur Organisasi, Kerja Berpasukan, Menilai Prestasi Kakitangan, Mengatasi Masalah Teknikal dan Bukan Teknikal serta Pengurusan Peralatan dan Kelengkapan.

Bagi bidang Automasi (Mekatronik) pula, kursus kejuruteraan mekanikal digabungkan dengan kejuruteraan elektrik, teknologi komputer dan kawalan bagi menghasilkan satu subjek yang bersepadu.

Pembelajarannya merangkumi aspek automasi seperti Programmable Logic Controller, Pneumatic and Hydraulic, mekanikal dan elektronik. Kursus ini sangat sesuai kepada pelajar yang berminat dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal serta bidang automasi dan robotik.

“Di Auto Prima, semua kursus kemahiran dan vokasional yang ditawarkan bertunjang kepada formula 70 peratus latihan amali dan 30 peratus pendidikan teori.

“Semua latihan amali pelajar Auto Prima dijalankan di dalam bengkel  yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi sesuai dengan keperluan industri dalam bidang automotif dan mekatronik/automasi,” kata Juhaidi.

Selain daripada pembelajaran di kelas atau bengkel pelajar juga perlu melaksanakan projek secara berkumpulan. Bertujuan memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan segala dipelajari.

“Kita juga menyediakan tempat di dalam industri bagi pelatih menjalani latihan praktikal (OJT) sebelum diserap sebagai pekerja sepenuh masa. Kebanyakan graduan Auto Prima sudah mendapat kerja dengan gaji mencecah RM2,000 sebulan.

“Tawaran yang pelbagai ini tentunya menambahkan lagi minat pelajar untuk menyambung pengajian di dalam bidang kemahiran dan segeralah memohon kerana tempat terhad,” katanya.

Sebarang keterangan lanjut dan pendaftaran bagi sesi kemasukan Oktober/November 2011, sila hubungi Mohd Taufik/Bie di talian 03-5121-7153 /7678 /3411 atau 012-6888445. Layari www.autoprima.edu.my atau datang sendiri ke Auto Prima Technology Training Sdn Bhd di alamat No 23, Jalan Kemuning Prima B,33/B, Kemuning Utama, Seksyen 33, 40400 Shah Alam, Selangor.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment