Monday 3 October 2011

Malaysia raih Anugerah Cemerlang kerajaan Australia Barat

PERTH 2 Okt. – Penglibatan 33 usahawan Malaysia dalam Ekspo Pavilion Malaysia pada Perth Royal Show dari semalam hingga 8 Oktober ini mendapat pengiktirafan kerajaan Australia Barat yang memberi Anugerah Cemerlang berdasarkan kesungguhan dan standard pelbagai produk yang dipasarkan.

Presiden Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani Sdn. Bhd. (Komita), Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad memberitahu, pengiktirafan itu membuktikan produk-produk usahawan bumiputera mampu menembusi pasaran negara maju.

“Pada pameran yang pertama kali melibatkan usahawan Malaysia di Perth Royal Show pada 2005, tiada sebarang pengiktirafan diberikan. Dalam pembabitan kali kedua ini, kita telah diberi Anugerah Cemerlang oleh kerajaan Australia Barat,” katanya di sini, hari ini.

Anugerah Cemerlang itu disampaikan oleh Menteri Pemakanan, Pertanian dan Perhutanan Australia, Terry Redman kepada Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Mah Siew Keong pada satu majlis di sini, semalam.

Menurut Sheikh Ahmad Dusuki, anugerah itu adalah untuk para usahawan yang terlibat memperkenalkan produk-produk Malaysia seperti kraftangan, makanan beku selain seni dan budaya.
Secara tidak langsung katanya, ia satu anjakan kepada kejayaan usahawan bumiputera dalam memperluaskan lagi pasaran produk-produk mereka.

“Melalui pengiktirafan ini, kita merancang memperluaskan lagi pasaran produk-produk bumiputera ke seluruh Australia seperti Sydney, Adelaide.
“Kita juga merancang membawa produk-produk baru dari Malaysia untuk pasaran Australia termasuk produk makanan kering,” katanya.
Beliau berkata, pada pembukaan dan perasmian Pavilion Malaysia semalam, jumlah pengunjung dianggarkan melebihi 10,000 orang.
“Hari ini jumlah pengunjung melebihi 30,000 orang memandangkan hujung minggu,” katanya. – Utusan

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete