Tuesday 4 October 2011

Kabinet lulus Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
03/10/2011 9:56pm

KUALA LUMPUR 3 Okt. — Dasar Agro Makanan Negara bagi tempoh 10 tahun bermula tahun ini hingga 2020 diluluskan Kabinet Rabu lepas, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata, antara lain dasar itu yang menggantikan Dasar Pertanian Negara, akan menumpukan kepada bekalan makanan negara yang bukan saja mencukupi tetapi juga selamat dimakan.


Dasar ini juga bertujuan meningkatkan pendapatan golongan petani dan usahawan tani selaras dengan rancangan kerajaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020, katanya, kepada pemberita di bangunan Parlimen, di sini hari ini.
 
Noh berkata, dasar itu juga akan dijadikan panduan oleh sektor swasta dalam menjadikan industri agro makanan sebagai industri yang berdaya saing dan mampan.
Katanya, industri agro makanan diunjur berkembang pada kadar 4.7 peratus setahun menjelang tahun 2020 dengan nilai ditambah meningkat kepada RM29.8 bilion.

"Nilai ditambah untuk industri asas tani dijangka meningkat daripada RM12.7 bilion pada tahun 2010 kepada RM20.8 bilion pada tahun 2020.
"Eksport industri agro makanan dan asas tani pula diunjur meningkat daripada RM27 bilion pada 2010 kepada RM36.5 bilion pada tahun 2020,” katanya. — Bernama

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete