Sunday 2 October 2011

Siswazah Perantis PUNB







Masih ramai lagi lulusan siswazah tidak mengetahui peluang ini, ia juga merupakan program yang baru ditawarkan oleh PUNB. PUNB telah memperkenalkan program khas untuk siswazah muda - Program Siswazah Perantis untuk membantu graduan Bumiputera yang menganggur memiliki kemahiran dalam menguruskan perniagaan melalui program latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB.
Peserta (perantis) program ini akan mendapat pendedahan kepada pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan selain daripada kursus dan latihan teori.

Objektif
  • Menyediakan peluang untuk siswazah muda menceburi bidang perniagaan khususnya bidang peruncitan dan pengedaran
  • Meningkatkan pengetahuan siswazah muda melalui latihan dan kursus kemahiran
  • Meningkatkan kemahiran siswazah muda mengikut keperluan industri supaya mudah mendapatkan pekerjaan
  • Mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah muda serta mewujudkan peluang pekerjaan untuk mereka
Perantis
  • Perantis akan menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan
  • Tempoh latihan adalah 6 bulan atau 1 tahun bergantung kepada bidang perniagaan
  • Perantis berpeluang untuk mempelajari cara menguruskan perniagaan selain menduduki latihan teori dan praktikal serta kursus menyediakan Rancangan Perniagaan
  • Setelah tamat program, perantis yang layak dan berminat untuk menceburi bidang perniagaan, berpeluang mendapatkan pembiayaan skim PROSPER Siswazah
Kelayakan
  • Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa pendaftaran
  • Memiliki Sijil Kemahiran (Tahap 2), pemegang Diploma atau Ijazah dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan
  • Menjalani latihan sepenuh masa
  • Tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan
Mentor
  • Kebanyakan mentor merupakan syarikat dan perniagaan di bawah naungan PUNB.
  • Mentor juga terdiri daripada syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.
Cara Memohon
Borang penyertaan boleh didapati secara percuma dari Sekretariat PROSPER. Hantarkan borang yang lengkap kepada:

Sekretariat PROSPER 
(Skim PROSPER Siswazah)
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
atau
Faks: 03-2780 2119/2100
atau hubungi:
Talian Bebas Tol: 1300-13-7862
Tel: 03 - 2785 1515
Emel:  customerservice@punb.com.my

P/S: Kepada yang belum tahu, anda sebenarnya akan diberikan elaun RM800 sebulan oleh PUNB kepada peserta perantis, jangan lepaskan peluang ini. Duit dapat, ilmu dapat dan lepas tu boleh buat loan dengan PUNB. Selamat maju jaya!

No comments:

Post a Comment